NUFNANG

10 February 2015

Step by step ...

As salam...

Step by step...
Step by step aku buat persediaan kahwin, dah tak lama dah, lagi 7bulan.
In Shaa Allah..

Checklist

Checklist


1st sekali sediakan checklist. Senang aku nak monitor or rujuk apa yang dah, apa yang belum. Aku prepare 1 file, bubuh semua resit dalam tu. B2B line semu dah prepare dari time tunang lagi, aku plak baru January sedia kan, sebab buzy sangat keje mengalahkan menteri sampai terabai persiapan nak kahwin. T u pun checklist aku de typo tu.

***********************************************

Kad Kahwin

Kad kahwin aku dah pun tempah dari www.kadkahwin.com.
Nama kedai ni Kad Kanda & Dinda Marketing Sdn. Bhd. Alamat kedai di Puchong, so far aku puas hati harga pun murah, banyak kali aku email dan minta ubah Artwork, dorang bagi fast response. Pilihan design yang sekeping jer, kami pilih design bil eletrik. Lagipun tunang aku kerja dengan TNB. So far design pun dah final. Tinggal printing jer siap lagi 2 weeks. Aku buat tempahan awal sebab tak mahu kelam kabut last minit. Tempahan 500pcs pada harga RM195 sahaja.

Kad design Bil Elektrik

***********************************************

Banner

Selepas discuss ngan En. Tunang dia cakap tak yah bunting sebab membazir. Tapi papa aku cakap at least de banner. Survey punye survey aku jumpa FB: Elainiey Creative. Ada promosi tuk banner, harga RM15 (2kaki x 5kaki), min purchase 2 pcs. Aku pun order dah transfer terus duit RM30. Pilihan design yang ada tak banyak, pastu  tak boleh letak gambar dan design tuk 2pcs ni sama tak boleh request berlainan, yelah harga pun murah. Kedai dia kat Titiwangsa, aku dah pun pergi dengan En. Yd. Kebanyakkan tempat aku survey harga RM40-RM85 per pcs. Aku tak nak la mahal-mahal..benda ni akan buang gak..hu hu

Aku anta design aku sendiri, tapi dorang reject, bukan nya design aku complicated sangat pun. Tau lah murah, memang silap dah terbayar, hu nyesal betul.

Pilihan design aku
 
Design dari Elaine doorgift



 ***********************************************

Box doorgift

Paper box ni aku beli kat kedai bakeri Bagus Seksyen 13 Shah Alam. Harga RM0.22/pc. So far aku puas hati sangat. Kat FB, aku survey harga RM0.80 per pcs. Siap ribbon dan sticker. Lebih jimat aku beli kotak kosong dan tampal sticker sendiri. Tapi xnak letak ribbon. Rase sarat plak. Aku suka yang simple. Cuma perlu sedikit masa dan tenaga.



Contoh design dari FB

Contoh design dari FB

 ***********************************************

Sticker Doorgift

Sticker aku buat sendiri sebab nak jimat. Aku beli sticker A4 kat Mydin and print jer. Design pun aku buat sendiri dan minta opinion dari En. Tunang. Walaupun simple tak secantik mana tapi aku puas hati sebab hasil tangan aku sendiri. Tapi memang penat nk cut..hu..hu






 ***********************************************

Tempahan Yassin

Surah Yassin aku tempah kat FB: Kad Borong Kuala Lumpur 150pcs. Gambar ni design dan ucapan yang aku mintak dorang masukkan. Design pun dah final and ambil masa 2 weeks nak siap. Aku tempah sedikit sahaja, untuk beri pada kenalan rapat dan sedara mara. Custom Made Yassin ni aku tempah dari agen dia, kedai di Bangi.

Custom Made Yassin

Aku juga ada beli Yassin biasa kat Mydin, pastu aku print sticker sendiri. Setakat ni aku dah beli 40pcs. Aku akan tambah lagi nanti, aku beli cikit-cikit supaya tak terasa sangat. Harga tak mahal baru RM0.80 per pcs. Nama-nama arwah dengan yasin custom made tu memang berlainan, sebab ada yang dari keluarga aku dan ada dari keluarga En. Tunang. Pilihan color hijau dari En. Tunang.


Tampal sticker di kulit dalam



***********************************************

Air Kotak

Air kotak baru beli 10carton. 1 carton ade 24pcs. Total 240pcs. Tak cukup ni, aku kene tambah lagi, Nak beli lain pun x dan, sebab perisa teh bunga ni jer yang diskaun. Harga murah baru RM10.45 1 carton, so 1 air kotak harga RM0.43. Expired masih lama sehingga 2016.



***********************************************

Kain pelekat

Yang ni permintaan dari papa aku. Dia nak bagi geng-geng kejiranan dia. Papa mintak aku hadiahkan 40 kain pelekat. Banyak nye geng pakcik2 ni. Se taman hah..Aku beli kain pelekat kat Jalan Masjid India, hu..hu harga boleh tahan. Mak yang pilih jenama Ayam Serama. Papa aku pulak cerewet, nak dalam kotak..adoii..kotak pun kotak la pa. Air kotak ngan kain pelekat aku letak kat tangga, tak mo penuh dalam bilik..hu





 ***********************************************

Penunjuk Arah

Penunjuk arah aku dah siap prin banyak-banyak. Aku masukkan siap-siap dalam plastik jernih, sebab aku tau aku guna dakwat printer murah yang low quality. Takut ink merebak kalau hujan.



***********************************************

To be continued..



1 comment:

  1. assam. boleh tahu beli air kotak tu dekat mana. Tq. : jazrin86@gmail.com

    ReplyDelete

.